• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan dan Maklum Balas
  • Peta Laman
Portal Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu)
Portal Rasmi
  • Utama
  • Profil
    • Perutusan Pengarah
    • Visi, Misi & Moto
    • Objektif
    • Fungsi
    • Sejarah Jabatan
    • Sejarah Pengarah
    • Pengiktirafan
    • Lagu Jabatan
    • Logo Jabatan
  • Organisasi
    • Carta Organisasi Jabatan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Perancangan Dasar & Lembaga Rayuan
      • Bahagian Rancangan Pembangunan
      • Bahagian Projek Khas
      • Bahagian Maklumat Perancangan Negeri
      • Bahagian Kawalan Perancangan
  • Perkhidmatan
    • Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
      • Dokumen Mesyuarat
      • Ahli JPN
      • Tugas & Peranan
      • Agenda JPN-Keputusan Dasar x
    • Lembaga Rayuan
      • Pengenalan dan Fungsi
      • Cara Membuat Rayuan
      • Rekod Kes Lembaga Rayuan
    • Kawalan Perancangan
      • Bahagian Kawalan Perancangan
      • Laporan Bahagian Kawalan
    • Maklumat Gunatanah Negeri
      • Pelbagai borang
    • Projek Khas
      • BANDAR LESTARI NEGERI TERENGGANU
      • MURNInets
      • SMART TERENGGANU 2040
    • Jawatankuasa Teknikal Perancangan Negeri
    • Jawatankuasa Penyelaras OSC
  • Maklumat Perancangan
    • Rancangan Pemajuan
      • Rancangan Struktur Negeri (RSN)
      • Rancangan Tempatan (RT)
      • Rancangan Kawasan Khas (RKK)
      • Guna Tanah
    • Manual Garis Panduan
      • SEGP 2021
      • Garis Panduan Perancangan
    • Perundangan
      • Akta 172
      • Kaedah-Kaedah
      • PANDUAN PELAKSANAAN AKTA
  • Penerbitan / Galeri
    • Arkib Berita
    • Borang
  • Direktori
    • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
  • Login
Articles
Title
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Jawatankuasa Penyelaras OSC
Jawatankuasa Teknikal Perancangan Negeri
Projek Khas
Maklumat Perancangan Negeri
Kawalan Perancangan
Lembaga Rayuan

Subcategories

Jawatankuasa Perancang Negeri

Lembaga Rayuan

Kawalan Perancangan

Projek Khas

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] 

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] diperbuat menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya berkuat kuasa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negeri hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah menggunakan undang-undang perancangannya yang tersendiri.  Pada asalnya Akta 172 mengandungi 9 Bahagian dengan 59 Seksyen dan kemudiannya telah dipinda sebanyak 5 kali di antaratahun 1993 hingga tahun 2017

 

 
Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan)1993 [Akta A866] 

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] telah dipinda pada tahun 1993 dan pindaan akta tersebut dikenali dengan Akta A866. Akta ini dipinda dengan memasukkan peruntukan berhubung dengan aktiviti pembetungan agar ianya selaras dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508] yang digubal pada tahun yang sama.

 


Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1995 [Akta A933] 

Pada tahun 1995, sekali lagi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dipinda bagi menangani kelemahan yang wujud akibat pembangunan yang mengabaikan pemeliharaan alam sekitar khususnya yang berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok. Keseluruhan peruntukan berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok ini dapat dilihat di Bahagian VA bermula daripada Seksyen 35A hingga 35H Akta 172.

 


Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 [Akta A1129] 

Pada tahun 2001, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dipinda sekali lagi dan dikenal sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 [Akta A1129]. Ianya dibuat bagi menangani masalah yang timbul khususnya dalam sektor hartanah dan mewujudkan peranan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa selaras dengan semangat tanggungjawab bersama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Akta ini juga memuatkan dua bahagian baru iaitu Bahagian IIA Jawatankuasa Perancang Wilayah dan Bahagian IIB Rancangan Fizikal Negara. Pindaan ini juga memperkenalkan beberapa pendekatan baru khususnya dalam sistem rancangan pemajuan dan juga kawalan perancangan dalam Akta 172.

 


Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2007 [Akta A1313] 

Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] telah dipinda pada tahun 2007 dan dikenali dengan nama Akta A1313. Akta ini dipinda dengan memasukkan peruntukan berhubung dengan pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam. 

Tujuan meminda Subseksyen 22(2) Akta 172 ialah untuk membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] semasa menguruskan sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang. Akta 672 ini telah diwartakan pada 30 Ogos 2007.

 

 

Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 [Akta A1522]

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] sekali lagi dipinda pada tahun 2017 dan dikenali sebagai Akta A1522, yang telah diwartakan pada16 Januari 2017.Pindaan kelima pada kali ini melibatkan dua pindaan iaitu memasukkan keperluan SIA bagi projek yang dikemukakan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasiha tiaitu cadangan pemajuan penebus gunaan pinggir laut dan pembinaan infrastruktur utama negara serta pemantapan kandungan laporan cadangan pemajuan dengan memasukkan elemen SIA.

Keperluan pindaan dibuat adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif ke arah pembangunan masyarakat yang saksama. Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment (SIA)) di dalam perancangan projek merupakan pendekatan penilaian impak pemajuan yang berteraskan sosial yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat. Ia berperanan menilai isu-isu dari sesuatu cadangan pemajuan dengan mencadangkan alternatif pembangunan dan membuat pilihan terbaik bagi mengelakkan impak serta meminimumkan kesan negatif kepada komuniti.

 

Klik pautan untuk muat turun salinan Akta 172

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjB94DZocHpAhUnlEsFHTSNBKYQFjAAegQIAhAB&url=http%3A%2F%2Fwww.kpkt.gov.my%2Findex.php%2Fdl%2F64584e6c636c38784c303146546b6446546b464a49457451533151765155745551533942613352684d546379655445354e7a5a69625335775a47593d&usg=AOvVaw0ujAROAfCMTGUGBWB5G3xc

  • Notis hak cipta
  • Terma dan syarat
  • Dasar privasi
  • Dasar keselamatan
  • Penafian
  • Info cookies

PLANMalaysia@Terengganu (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 dan 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tel: 09-630 1214 / 09-622 2444

Pautan Agensi :     MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam  
Jaringan PLANMalaysia | PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor |